• UTAMA
  • TENTANG
  • GALERI
  • WAQAF
  • HUBUNGI


Allah Ta'ala berfirman, "Dan tidak AKU ciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka beribadah kepadaKU". (Surah Adz-Dzaariyaat, 51:56)



WAQAF KITAB



Assalamu`alaikum wa rahmatullahi wabarakatuh.


Alhamdulillah. Usaha edaran untuk waqaf kitab al-Quran dan kitab agama ini pada asalnya dilakukan di kalangan ahli keluarga dan kenalan rapat sahaja. Namun, setelah mendapati madrasah Tuan Guru Sheikh Dr Abdul Basit bin Abdul Rahman rosak teruk akibat banjir besar yang melanda Kelantan akhir tahun 2014, maka usaha lebih besar telah diadakan. Bukan sahaja ahli keluarga dan rakan-rakan, bahkan yang tidak dikenali pun turut sama membantu bagi membekal buku-buku agama (ketika itu terlalu ramai membekalkan al-Quran) khususnya untuk perpustakaan Madrasah Muhammadiyyah Pondok Sungai Durian, Kuala Krai, Kelantan yang telah terjejas teruk.



Bertitik-tolak dari usaha tersebut, maka ia melahirkan usaha yang seterusnya iaitu pengedaran kitab-kitab al-Quran dan kitab-kitab agama ke pelbagai masjid, surau, sekolah, institusi dakwah dan pusat kebajikan. Semoga ALLAH berkati usaha ini dan mengganjarkan semua yang terlibat (khususnya para penyumbang) dengan kebaikan di dunia dan di Akhirat, amin…


Jika tuan/puan berminat untuk menyertai usaha ini, berikut adalah langkah-langkahnya.



LANGKAH 1: BUAT PILIHAN



  • A: Kitab al-Quran + terjemahan BM (Saiz A5): RM35 sebuah
  • B: Kitab al-Quran + terjemahan BM (Saiz B5): RM55 sebuah
  • C: Kitab agama (pelbagai judul, kategori): RM20 sebahagian


LANGKAH 2: MASUKKAN WANG



  • Masukkan jumlah yang diingini ke akaun berikut: Maybank: 162272504827
  • CIMB Islamic: 7604032403
  • Atas Nama: Shahmuzir bin Nordzahir
  • Emel: shahmuzir@yahoo.com


LANGKAH 3: MAKLUMKAN



Kemudian, maklumkanlah ke 019-3826408 melalui SMS/WhatsApp/Telegram seperti CONTOH berikut:


  • A, RM35 – jika sebuah al-Quran saiz A
  • A, RM70 – jika 2 buah al-Quran saiz A
  • B, RM165 – jika 3 buah al-Quran saiz B
  • C, RM100 – jika ingin menyumbang buku agama bernilai RM100


Tuan/puan boleh juga menaip butiran tersebut di dalam transaksi ‘online’ .


In shaa’ ALLAH, hasrat tuan/puan akan ditunaikan seberapa segera setelah pihak saya membuat pilihan ke mana untuk dihantarkan kitab al-Quran atau kitab agama tersebut. Jika tuan/puan mahukan resit, silalah maklumkan saya. Saya akan emelkan resit tersebut kepada tuan/puan, in shaa’ ALLAH.


Sebarang pertanyaan atau urusan, tuan/puan boleh ajukan kepada saya melalui nombor telefon di bawah. Semoga ALLAH berkati kita semua, amin…


SHAHMUZIR BIN NORDZAHIR, 019-3826408



Di bawah ini adalah senarai pihak-pihak masjid, surau, sekolah, institusi dakwah dan pusat kebajikan yang pernah mendapat manfaat dari usaha ini. Sebahagian darinya telah dibekalkan lebih dari sekali:

klik untuk info



012-3456789



MALAYSIA


waqafkitab@youremail.com

WAQAF KITAB


012-3456789 | MALAYSIA